Followers

Aug 2, 2012

Ulser Mulut ?!

Assalamualaikum n heyy .



Pernah kena ulser mulut takk ? CONFIRM pernah kann . As for me , ulser ni mmg penyakit wajib every year . Adoiiii , sakitnya tak yah cakap lah kan . mmg pedih yg teramat . Tambah2 bulan puasa ni , pergghhh . mmg BEST gila ! nak kumur2 pun tak tahan . dah lah kena byk berkumur cuz kalau tertelan air , sia2 je batal puasa . betul tak ? Plus , selalu sgt geser ngan gigi . hmmmm , sabar je lahh .

Ni dah 5 hari dah . but biasanya , ulser ni dia akan pandai berambus after 7 - 14 days . Aku kena pun sbb tergigit pipi time makan . DUA kali . berdarah pulak tu . ouch . ni , rasa nk demam dah . sekali package . terbaikk . kat sekolah pun , aku senyap n moody all the time . Gelak pun dah kena tahan . Tak tahan k . sad life . korang kena faham org2 yg kena ulser ni .

Antara sebab lain is :

  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus.
  • Kesemua golongan umur boleh terkena penyakit mulut ulser.
  • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
  • Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah dan terkena dawai alat ortodontik.
  • Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimioterapi
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui.

Mcm mana nak baik ? Orang tua-tua kata , letak GARAM . Namun begitu , kena 'kuat' sikit lahh . kuat banyak sbnrnya . Hari tu aku dah try letak . buat sekali je . tak tahan wooo . rasa mcm melecur . baru letak sikit tu . Then , try letak margerin . cara ni taklah sakit sgt . but susah nk letak . licin n selalu terjilat je . haha . Ade jugak ubat lain . Bonjela namanya . kat farmasi ada kot . Then , kurangkan consume benda yg panas n pedas . boleh meleret nnti . But don't worry . ulser ni tak kejam sgt . dia akan pergi jugak . they just nak visit . *puihhhh

But , aku bersyukur . eventhough ulser ni yg PALING teruk aku pernah kena , aku tau Allah syg aku (: Dia bagi aku peringatan lah tu . And one more thing , bila kita sakit , dosa2 kita akan dihapuskan . so , BERSYUKUR . bukan MERUNGUT k .
love,miera

No comments:

Post a Comment