Siapa kata kahwin dengan sepupu sendiri tak boleh bahagia ? Kalau dah cinta , anjing dan kucingpun boleh hidup bersama . Nana dan Hisyam telah membuktikannya . Walaupun perkahwinan mereka hanya kerana ingin menjaga maruah keluarga , tetapi mereka masih mampu hidup bahagia . Cinta yang disemai semakin hari semakin segar mewangi .
Tetapi entah dimana silapnya , badai tak henti-henti melanda . Satu per satu dugaan mendatang hingga merobek tangkai hati mereka .
Si kekasih datang menuntut janji . Nana tak dapat bertahan . Andai perpisahan sudah ditakdirkan buat mereka , dia pasrah .
Bagi Hisyam pula , andai bercerai badan sekalipun , cintanya tetap utuh buat Nana . Tiada cinta lain baginya . Hani hanya perosak . Johan hanya datang mengganggu . Tidak goyah walau sedikit pun cintanya buat si isteri .
Ketaasuban cinta Hani pada Hisyam tak dapat disangkal . Pelbagai cara dilakukan agar Hisyam kembali semula padanya . Makin kuat Hisyam menolak , makin kuat dia menarik . Demi cinta , andai terkorban diri sekalipun dia sanggup .
Johan juga begitu . Dalam hatinya hanya ada Nana . Selagi Nana tidak menjadi miliknya , selagi itulah dia akan terus berusaha .
"Abang , hati Nana hanya ada satu . Sekali Nana jatuh cinta , untuk selamanya hati Nana kat orang tu . Nana harap abang mengerti ."
Mampukah mereka menepis segala rintangan yang mendatang ? Mampukah mereka membina impian seperti yang diangankan ? Berpeganglah pada janji Tuhan dan percayalah pada kuasa CINTA .
Andai kau tercipta untukku , kita tetap akan bersatu walau terpisah seribu tahun .
BEST , BEST dan BEST ! aku suka sgt2 . novel nie , lain drpd yg lain . mmg best ar . haha . kalau nak tauu , bace lahh sendiri . dapatkan di kedai buku berdekatan anda (:
love, miera
salam miera..
ReplyDeletebetul ka novel ni? menyentuh perasaan rasa berbunga2, cinta camni memang senyum sokmo la..
wasalam maisyah ,
ReplyDeletenovel nie betul lahh . tauu tak pe . romantik en ? :D bce lahh . sure tak nak lepas novel uhh . heee ;)