Assalamualikum n halooooo uolss :p
dh agak lama tak berupdate blog sakai nie . hehe . tak tau nk update ape . so , today aku buat review je lahh ek ? review novel :D weeeeee ~
________________________________________________________
psttt , it is thicker than it looks .
Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung . Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintai sepenuh jiwanya itu , walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya . Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah .
Namun di pihak Hisyam , bagai ada satu kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara . Maisara mengajarnya erti rindu . Maisara juga berjaya membawa debar dihatinya apabila mata saling bertaut . Yakin , itu adalah cinta yang dia cari , Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara .
Namun . . . satu hakikat yang mula dia sedar , desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka , telah membuka satu dilema baru . Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab , satu kenyataan yang perlu dia hadapi . . . dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu .
Lalu , benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara , dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana ranggungjawab semata-mata ? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya ? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta ?
_______________________________________________
Tadaaaa ! tu lahh novel yg aku nk story . baru hbes baca haritu on 23rd Oct 2011 . lama jugak lahh masa yg aku perlukan utuk habiskan novel yg gilaaa baboon tebal tu . maklumlah , aku ni 'slow reader' feeling lahh katakan :p hehe .
novel ni was written by Hanni Ramsul . FYI , she's my dua pupu . ade kena mengena lah jugakk . even tempias je pun , but still ade . selalu jugak lah jumpa dia nie . heee . pernah naik satu vehicles together :p #bangga . haha .
Aku suka gilaa SEMUA novel dia . so far , dia dh ade 3 novel :
Biarlah YM Berbicara
Pergilah Air Mata
Kuseru Rindu Itu
yg first tu aku tak baca lagiii :'( tak jumpa dh . sbb dh lama released kann . so spe2 yg ade tuu , nk pinjam ? ngeee . yg second tu besttt . dia bagi aku FREE novel tuu . hehe . best lahh . korang kena baca sendiri . then , bila dapat tau yg dia ade novel baru , yg ketiga tuu , aku terus g cari . sbb aku tau , it's gonna be AWESOME just like the 2nd one . n ternyata , it is :D
Sweet gilakkk novel nie . haihhh . susah ceq nk explain kat hangpa suma . hangpa kena pi beliq sendiri naaa . baru hangpa tau lagu mana jalan crita diaaa . hehe :p
love,miera