wow , scarry kan tittle tu ? well , itu yg aku nak share sebagai peringatan kita bersama . Jadikan diri kita lebih baik untuk jadi yang terbaik :D
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Naba awat 18: "Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat tersebut pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya "Ya Rasulullah , apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab : "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti beikut :-
1 : Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan , ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga .
2 : Mereka yang menyerupai babi . Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu .
3 : Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dgn ular dan kala . Inilah balasan baig mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4 : Mereka yang keluar darah dari mulutnya . Inilah balasan mereka yang berdusta .
5 : Mereka yang berbau busuk seluruh badan . Ini adalah balasan mereka yg mengaut keuntungan dlm jual beli atas penipuan .
6 : Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu . Balasan kpd mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat .
7 : Mereka yang keluar dgn tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut . Ini balasan mereka yg tidak mahu menyaksikan kebenaran .
8 : Mereka yg keluar dlm keadaan terbalik iaitu kepala di bawah , kaki di atas. Ini balasan mereka yg berzina serta mati sblm bertaubat.
9 : Mereka yg berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yg memakan harta anak yatim secara zalim .
10 : Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit lain yg menjijikan. Ini balasan mereka yg berani melawan kedua ibu bapa.
11 : Mereka yg buta mata dan hatinya, giginya spt tanduk, bibirnya berjuntai hingga perut, keluar kotoran dr peha dan perut kerana minum minuman keras .
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah :
12 : Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim sepantas kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
MashaAllah . Sedangkan Rasulullah pun menangis mengenangkan perkara ini . bagaimana dengan kita ? Saudara saudari seagamaku sekalian , marilah kita bersama2 memperbaiki diri agar kita tidak menyesal kelak . Ini juga peringatan buat diriku yang lemah .
*sumber: dipetik daripada Surat Khabar ILuvIslam, 2-8 April 2010, M/S 29 .
love,miera
No comments:
Post a Comment